Selamat Datang

jam

Friday 24 February 2012

Percaya Ada Cinta


Wafiya @ Fiy menjalani kehidupan yang bagai dianak tirikan oleh ibubapanya sendiri. Dia dilahirkan di dalam keluarga yang kaya dengan harta tapi miskin kasih sayang. Sejak lahir dia dijaga oleh opahnya di kampong. Dia seolah dinafikan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapanya sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri. Sedih…sedih…
Dia mempunyai seorang abang iaitu Amer Munawer dan bekerja sebagai doctor. Dirinya pula dibiarkan kurang dalam pelajaran dan dipaksa untuk mengikut jejak sepupunya iaitu Rasya yang pandai. Segalanya bagaikan di neraka apabila dia diambil semula dari opahnya untuk dibawa pulang oleh ibubapany ke Kuala Lumpur. Bermulalah episode duka….Hatinya sentiasa disakiti oleh Rasya dan ibu bapanya sentiasa berpihak kepada Rasya. Bagus sangat ke Rasya ni…Ibu Fiy sering membandingkan dirinya dengan Rasya dalam segala hal termasuk masa depan. Fiy sering memberontak dengan memprotes dan menyakiti hati ibubapanya. Fiy mengambil jurusan pementasan di UITM manakala Rasya sebagai arkitek di US. Besar tul jurang diorang ni n tak sebulu.
Sebelum Rasya belajar ke US, dia telah ditunangkan dengan Amer. Apabila dia habis belajar, Fiy dikejutkan dengan orang ketiga dalam hidup Rasya iaitu MR ARSYAD. Hemmm orangnya hensem, amat romantic, baik dan memang terpikat watak dia ni. Aku pon terjatuh hati hahahha. Fiy ingin membalas dendam terhadap Rasya dengan cuba memikat Arsyad @ Syad. Ha pikat memikat ni memang best!Fiy ni manja habis ngan Syad bila depan Rasya sampai diorang bergaduh. Belakang Rasya plak Fiy n Syad ni jadi kawan dan Fiy cuba rahsiakan yang Rasya ni tunangan abangnya. Kekadang Syad ni tertarik dengan sifat manja terlebih Fiy ni. Sweet btul. Status Rasya terbongkar bila Syad terjumpa Rasya dan Amer di butik perkahwinan.
Masa depan Fiy sekali lagi ditentukan oleh ibubapanya bila dia akan dikahwinkan dengan pilihan mereka. Ha Fiy akan dikahwinkan dengan Arsyad. Mama Syad memang dah lame berkenan dengan Fiy. Fiy membantah sebab dia tau yang Arsyad cintakan Rasya. Arsyad plak terima pilihan ibubapanya sebab frust dengan Rasya.
Perkahwinan Amer + Rasya, Arsyad + Wafiya dilangsung serentak. Arsyad cuba terima Wafiya sebagai isterinya tetapi Rasya tidak dapat terima yang Fiy rampas Syad darinya. Syad nekad untuk raih cinta Fiy sebab dia memang jatuh cinta pada Fiy. Fiy telah letakkan syarat yang mereka akan tinggal berasingan. Cara Syad layan Fiy ni memang menggoda ar hahah. Lama2 Fiy terpaut pada layanan Syad tapi terbit api cemburu bila Rasya cuba dekati suaminya. Rasya ni makin gedik dan Amer ceraikan Rasya.
Hubungan Fiy dan ibubapanya semakin baik bila Fiy jaga mamanya di hospital akibat lumpuh. Arsyad bertambah sayang dengan sikap Fiy. Akhirnya dugaan pada rumah tangga diorang bila Fiy bawa diri. Ini sebab Rasya yang gedik tu. Syad tak tau yg Fiy tengah mengandung sebab sibuk layan si Rasya ni. Syad bagai orang gila cari Fiy dan akhirnya terjumpa di Terengganu. Syad bertambah happy bile tau Fiy tengah mengandung. Amer dan Rasya pula telah rujuk semula dan tinggal di US untuk berubat sebab Rasya dah macam orang gila bila dapat tau yg dia sebenarnya cuma anak angkat. Syad dan Fiy janji sehidup semati. Memang best couple ni.


No comments:

Post a Comment