Selamat Datang

jam

Friday 24 February 2012

Munajat dan Doa Orang Yang Asyik Merindui Kekasihnya

Aku tidak jauh dari pintu-Mu
dan aku tidak pernah berpaling wajahku dari-Mu
Akan aku sulam bajuku dengan redha
dan aku bahagia menjadi hamba-Mu
Aku memuji dalam keheningan malam
ketika dikatakan: Siapakah Tuhanmu..!
Ilahi yang menciptakan segala alam
dan aku takkan pernah berpaling dari-Mu
Ilahi yang menyingsingkan fajar
dan aku tetap bahagia menjadi hamba-Mu
Wahai saudaraku..! Sesungguhnya, kata-kata yang indah yang keluar dari hati yang suci hingga kata-kata ini juga menyentuh hati kita semua. Saya merasakan, anda yang menyintai suasana kecintaan sedemikian juga merasakan syair ini dapat membelai hati anda menjadi lembut dan tercetus rasa rindu terhadap Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Bersegeralah untuk menghafalkan syair-syair seperti di atas dan jadikanlah ia sebagai kalimah munajatmu pada waktu fajar.
Selanjutnya, kata-kata tersebut yang dipersembahkan untuk anda, yang mana kalimah ini mampu melepaskan ikatan-ikatan keterbatasan masa.  Bermunajatlah kepada Allah dengan penuh bersemangat dengan bahasa anda, pemahaman anda, dan gaya anda yang lahir dari suara hati anda sendiri.  Besarnya kekuatan gegaran kata-kata ini tidak sebesar kegoncangan gegaran perasaan kerinduan terhadap yang dicintai.
Wahai saudaraku..! Sesungguhnya hukamak ada berkata: "Pelajaran bukan dengan hanya memberi peringatan, akan tetapi pelajaran itu berkesan adalah dengan suri teladan."
Malik bin Dinar bermunajat ketika keheningan malam: "Ya Rabbi, hanya Engkaulah yang tahu para penghuni syurga dan penghuni neraka. Di manakah diri saya ini akan berada, apakah sebagai penghuni syurga ataukah sebagai penghuni neraka?
Wahai saudaraku..! Janganlah anda membina tembok penghalang antara diri anda dengan Allah.  Pintu antara anda dengan-Nya sentiasa terbuka lebar.  Apa yang anda harus lakukan adalah mengetuk pintu itu.  Maka, barangsiapa yang sering mengetuk pintu itu, maka ia akan dapati pintu itu pasti akan dibukakan untuknya. Saya melihat anda bangun seraya berkata:  "Pintu sudah terbuka, namun bagaimana saya mengetuknya? Sesungguhnya, ini adalah suatu petanda yang baik. Oleh kerana itu, bersegeralah untuk beramal, beribadah, dan bersikaplah seperti Imam Malik.

Ketika malam penuh kesepian, Sulaiman al-Dari pula mengadu dan bermunajat kepada Allah s.w.t.  Sebelum anda mengetahui apa yang dikatakannya, saya meminta kepada anda untuk yang kedua kalinya, agar memperbaharui niat anda, iman anda, dan mengecas kembali bateri hati anda agar berkuasa semula. Sekarang, anda akan membaca kalimah munajat yang akan menggetarkan jiwa anda dari dalam dengan goncangan yang dahsyat. Bahkan, jika hati anda peka dan perasa, akan menjadikan anda menangis dan terus menangis..!
Inilah munajat Sulaiman al-Dari dan ia berkata dalam munajatnya:  "Ya Rabbi, jika Engkau bertanya kepadaku pada hari kiamat nanti tentang agamaku, maka aku akan bertanya kepada-Mu tentang rahmat-Mu. Ya Rabbi, jika Engkau bertanya kepadaku tentang kemaksiatanku, maka aku akan bertanya kepada-Mu tentang ampunan-Mu.  Ya Rabbi, jika Engkau bertanya kepadaku tentang kelalaianku, maka aku akan bertanya kepada-Mu tentang rahmat dan ampunan-Mu.  Dan jika Engkau lemparkan aku ke dalam neraka-Mu, maka aku akan khabarkan kepada penghuni neraka bahawa aku cinta kepada-Mu."
Wahai saudaraku.. Kadang-kala kita jadi membisu dan bungkam oleh keadaan kita sehinga tidak dapat bekata apa-apa ketika berhadapan dengan Allah.  Maka, diam dengan penuh keinsafan itu juga dinamakan munajat, kerana hati kita amat perasa, sehingga lidah tidak terucapk

No comments:

Post a Comment